Sistem ePengesahan membolehkan Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) memperakukan secara online urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Pelantikan (PP), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) kepada SPA. Sistem ini dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2015 kecuali bagi perakuan berikut:
i. Kumpulan Pelaksana(Gred 1 hingga 16) yang dilantik di bawah Surat Cara Pewakilan Kuasa 1997 [P.U.(B) 496/1997];
ii. pegawai yang terlibat dengan opsyen pertukaran pelantikan penambahbaikan skim
yang belum disahkan dalam perkhidmatan terdahulu dan belum memenuhi
syarat skim baru;
iii. urusan PP bagi pegawai baru yang diperiksa dan diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar dalam borang pemeriksaan kesihatan seperti berikut:
a. tidak begitu sihat tetapi boleh dilantik atau menghidap masalah kesihatan tetapi
boleh dipertimbangkan untuk dilantik; atau
b. tidak sihat dan tidak disokong untuk dilantik atau menghidap masalah kesihatan
yang tidak terkawal (severe) dan tidak disokong untuk dilantik.
iv. urusan PDP, PTP dan PTB, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pegawai
yang telah dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan.
Dengan demikian, perakuan PP, PDP, PTP dan PTB (kecuali di atas) yang dikemukakan secara manual kepada SPA mulai 1 Januari 2015 akan dikembalikan kepada Kementerian/ Jabatan/ PSUK berkenaan bagi membolehkan ianya dibuat semula melalui Sistem ePengesahan.
Sila klik di sini untuk melihat Pekeliling SPA Bil. 3/2014 - Pelaksanaan Sistem ePengesahan di Kementerian/ Jabatan/ PSUK.
|