×
 
 

Sistem ePengesahan membolehkan Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) memperakukan secara online urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Pelantikan (PP), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP), Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen   (PTB)  kepada SPA.  Sistem ini dilaksanakan sepenuhnya   mulai  1 Januari 2015  kecuali bagi perakuan berikut:

 i.    Kumpulan Pelaksana(Gred 1 hingga 16) yang dilantik di bawah Surat Cara Pewakilan
       Kuasa 1997 [P.U.(B) 496/1997];

ii.    pegawai yang terlibat  dengan opsyen  pertukaran  pelantikan  penambahbaikan skim
       yang  belum  disahkan  dalam  perkhidmatan  terdahulu  dan belum  memenuhi
       syarat skim baru;

iii.   urusan    PP   bagi   pegawai   baru   yang    diperiksa   dan  diperakui  oleh  pengamal
       perubatan berdaftar dalam borang pemeriksaan kesihatan seperti berikut:

       a.   tidak begitu sihat  tetapi boleh  dilantik  atau  menghidap masalah kesihatan tetapi
             boleh dipertimbangkan untuk dilantik; atau

       b.   tidak sihat dan tidak disokong untuk dilantik atau  menghidap  masalah  kesihatan
             yang tidak terkawal (severe) dan tidak disokong untuk dilantik.

iv.    urusan PDP, PTP  dan PTB,  mengikut  mana-mana  yang  berkenaan,  bagi  pegawai
        yang telah dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh percubaan.

Dengan demikian, perakuan PP, PDP, PTP dan PTB (kecuali di atas) yang dikemukakan secara manual kepada SPA mulai 1 Januari 2015 akan dikembalikan kepada Kementerian/ Jabatan/ PSUK berkenaan bagi membolehkan ianya dibuat semula melalui Sistem ePengesahan.

Sila klik di sini untuk melihat Pekeliling SPA Bil. 3/2014 - Pelaksanaan Sistem ePengesahan di Kementerian/ Jabatan/ PSUK.

 

Mulai 1 Mac 2022, surat kelulusan Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen bagi permohonan tahun 2022 dan ke atas hendaklah dicetak sendiri oleh Pengurus Sumber Manusia dan pegawai. Cetakan boleh dilakukan melalui sistem MyService SPA

 Log Masuk Sistem 
No. Kad Pengenalan:  
Kata Laluan:  
   
Lupa Kata Laluan?
Manual Pengguna
Muat Turun Manual Pengguna   Manual Pengesahan
Borang Permohonan ID Pengguna
Permohonan ID Pengguna perlu dihantar kepada Cawangan SPA yang berhampiran:
a.    SPA Putrajaya;
b.    SPA Cawangan Sabah; atau
c.    SPA Cawangan Sarawak.